Wednesday, 24 August 2011

Usaha


Sehingga anda mencuba, anda takkan tahu
apa yang tak boleh anda buat... 


- Kardinal John Henry Newman -










Saturday, 20 August 2011

Lebih baik dari seisi dunia





"Solat sunat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu
lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya..."

SubhanAllah..




7 Sunah Nabi Muhammad s.a.w




Kalau nak ikut memang sangat banyak sunah
Nabi Muhammad s.a.w ni. Tapi untuk 7 ni
adalah cadangan seorang ustad yang mana
kalau amalkan insyAllah aman tenang hidup
dan Nabi pun tak pernah tinggal buat.
Calon-calonnya adalah :


  1. Solat tahajud
  2. Baca Al-Quran
  3. Solat subuh berjemaah di masjid & solat sunat subuh
  4. Solat dzuha
  5. Sentiasa berwuduk
  6. Bersedekah
  7. Zikir
Jom sama-sama amalkan. Kalau tak dapat
setiap hari seminggu sekali, kalau tak sebulan
sekali, kalau tak setahun sekali, kalau tak 
juga baik mati.

Ni pesan si ustad sebabnya bayangkanlah
bertapa sombongnya kita dengan maha
pencipta. Ini semua amalan Nabi Muhammad
s.a.w yang langsung tak ada sepalit dosa pun
padanya.

Jadi siapalah kita yang langsung malas
dan sombong untuk jadikan sunah ni
amalan kita? 

Salam..




Thursday, 18 August 2011

Fitrah manusia



Aku terfikir kadang-kandang kita ni akan
nampak benda tu best kalau ada orang lain
nampak sama. Ada orang lain minat sama.
Ada orang lain turut memuja.

Tapi kalau dibiarkan, takkan ada siapa nak
peduli. Benda ni aku banyak perasan
dekat shopping bila ada promosi murah.

Benda tu kadang-kadang taklah best mana
tapi sebab dah ramai yang nak sangat-sangat,
benda yang remeh terus melambung-lambung
macam Mael Lambung Maharaja Lawak.

Tapi baru-baru ni aku dapat rasa benda ni
dalam tajuk cinta. Eh, aku nak cakap
pasal apa sebenarnya?




Wednesday, 17 August 2011

Cawan yang kosong



Teringat tazkirah seorang ustad pada Ramadhan entah keberapa.
Menigsahkan cara yang molek dalam menuntut ilmu. Sebenarnya
aku dah pernah tengok dan faham maksud dalam ayat pendek ni
iaitu...

kalau nak belajar sesuatu jadilah cawan yang kosong..

Tapi cara penyampaian dan contoh cerita ustad agak menarik
untuk aku kongsikan. Sebelum ni pernah tengok tajuk buku
pasal benda ni, tapi just tengok jela tak beli pun.. hehe..
So ceritanya bermula macam ni...

Ada seorang yang hebat katalah hebat dalam kungfu
(sebab cerita ni merujuk kepada masyarakat cina)
Jadi si hebat ni tadi pun duk canang dari satu kampung
ke kampung lain dia yang paling hebat dan dalam
masa sama nak tahu ada tak orang lagi hebat dari
dia untuk dia berguru.

Dipendekkan cerita (sebab aku dah malas), setelah 
hampir habis semua kampung dan masih tak ada
seorang pun yang hebat termasuk stephen chow,
budak kecik berbadan sasa dan perempuan tuan
rumah yang garang dalam cerita kungfu hustle,
dia pun jumpa sebuah kampung. Kira last call la ni.

Menurut penduduk kampung tu ada seorang yang 
hebat tinggal atas gunung (sikit tinggi dari klcc). 
Mamat ni pun pergi jumpa si hebat tu.

Setelah sampai ke rumah, dah menjadi adat orang
cina bila tetamu datang mesti hidang teh (kalau time
pose bagi bubur lambuk kot). So tuan rumah yang
hebat ni pun hidang teh sambil mamat yang hebat tadi
terus bercerita mengenai kehebatannya. Blablablabla...

Dalam masa sama gak mamat ni bagitau yang dia nak
berguru jika si tuan rumah tadi betul hebat.

Tuan rumah terus menerus tuang teh tadi sambil
mendengar cerita mamat hebat ni tadi. Dia terus
tuang sampai melimpah-limpah dan kenalah
seluar mamat yang hebat ni tadi. Mamat tu pun
sound..

Mamat : Oihh, pehal ko tuang sampai melimpah-limpah? 

Tuan tanah : Aku nak ajar ko satu benda bila nak 
belajar dengan orang, ko nampak air yang melimpah
kan? Air ni takkan dapat masuk lagi sebab cawan ni
dah penuh dan melimpah.
So macam tu jugak kalau nak tuntut ilmu. Ko tak boleh
datang sebagai seorang yang dah hebat, sebab ko takkan
dapat apa-apa ilmu sebab ko rasa semua ko dah tau.

Mamat : Erk!!!

So macam tulah sikit sebanyak yang aku ingat.
Kesimpulannya kalau kita nak belajar apa-apa
pun. Lapangkanlah dada jangan ego dengan ilmu
yang kita dah ada. Walau ilmu yang akan kita 
dapat sama, tapi cara penyampaiannya berlainan.

Percayalah pasti ada something new yang akan
kita belajar dari seseorang walau ilmunya sama.

Fikir-fikirkan, selamat beramal.. :) 









Tuesday, 16 August 2011

Kita Peminjam


Dunia ini hanyalah sementara.. Ikutlah resmi TUKANG JAGA PARKING..


Walaupun keretanya banyak, tapi dia tak pernah sombong, walaupun keretanya 
bertukar-tukar saban hari tetapi die tak pernah takbur, walaupun keretanya diambil 
semuanya, tetap hatinya pasrah & tenang.


KENAPA???


Kerana dia tak pernah merasa MEMILIKI. Semuanya itu hanyalah Pinjaman..
Ya! Inilah hidup atas dunia yg sedang kita jalani sepanjang hari.


SEMUANYA HANYALAH PINJAMAN. :)


-Kredit kepada seorang rakan-

Pegang







Aku mula pegang kembali

Tiang yang dulu rebah menyepi

Begitu payah namun aku gagahi

Harapku kali ini terus gagah berdiri

Tiang yang diamanahkanNya selamanya...

Calar


Dikelilingi orang yang agak memualkan membuatkan Ramadhan aku kali ni calar balar. Mungkin akan ada yang cakap baik tak yah puasa kalau asik nak marah je. Tapi tahla aku memang cepat hilang sabar. Kesabaran yang aku tahan ni bukan setakat sehari atau seminggu dua tapi memang dah lama aku tahan.


Aku tak faham kenapa perlu ada hipokrit yang sangat tebal setebal murtabak yang disusun sama tinggi dengan KLCC. Terus masuk neraka ke kalau mengaku tak tahu? Aku tak faham.

Aku dikelilingi oleh orang yang aku rasa taklah berbakat mana tapi punya kuasa yang bila diguna pun tak membuahkan apa-apa malah melecehkan dan melemaskan aku. Terlalu loya memikirkan benda ni membuatkan aku nekad memutuskannya.. 


Maaf aku dah penat.


Monday, 15 August 2011

Mee goreng makcik hensem!

Aku rasa makcik yang jual mee goreng kat tempat aku ni mesti amalkan konsep kaizen yang mana maksudnya bergerak kearah kebaikan sedikit demi sedikit. Syabas makcik! :D Alkisahnya entah keberapa Ramadhan tah aku tertarik dengan rupa paras mee goreng makcik ni, aku pun beli.

Tapi masalahnya untuk yang kali pertama tu mee makcik ni kantoi! Masa kunyah ada rasa, tapi bila bia dalam 5 saat rasa 'mee' tu menjelma dengan rakusnya. Memang rasa mee semata. Tapi aku bagi peluang sampailah semalam mee goreng makcik ni improve! Dah sedap dah!

Syabas makcik, mee goreng makcik dah hensem!

Sunday, 14 August 2011

Rasulullah menangis di padang Mahsyar


Tengah berblogwalking (janggal giler nk nyebut maklumlah newbie hehe..) aku terjumpa satu video yang bila aku tengok dan baca naik meremang bulu roma. Jom layan..

Kredit to : jhar punya blog

Saturday, 13 August 2011

Kebangkitan

Entah bila aku perasan video ni kat you tube. Tapi yang pasti bacaan si remaja ni dapat sentap emosi aku terus untuk hafal surah ni (Al-Qiyamah) yang juga merupakan surah pertama yang agak panjang aku cuba hafal (sekarang baru separuh) dan memahami maksudnya.

Mungkin cara aku agak terbalik sebab aku mula tertarik dengan kemerduan si pembaca barulah aku nak hafal. Tapi at least ada lah jugak dari tak ada kan? Surah yang mengingatkan aku tentang datangnya kiamat. 

Laaa.. uqsibu biaumil kiamah.. Walaaa.. uqsibunbinn nafsillau wamah..

Seterusnya tengoklah bideo tu ye..

Friday, 12 August 2011

Tujuan hidup

Wama kholaktul jinnawal insa ila liya' buduun...

"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaku....."


Si buta dan internet

Salam Ramadhan.

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan
Salam untuk Ramadhan walau ianya dah dipertengahan.

Tapi kali ni mungkin sikit lain sebab aku ucapkan
di blog yang belum pernah tahap akal aku yang
lemah ni capai.

Mungkin orang lain dah tak heran dengan blog
tapi untuk yang sulung ni aku berbangga dapat
buat satu dengan usaha aku sendiri.

Tahniah untuk aku yang buta IT :)
 
Copyright © 2010 Tambah Lebih Diriku. All rights reserved.
Blogger Template by