Teringat tazkirah seorang ustad pada Ramadhan entah keberapa.
Menigsahkan cara yang molek dalam menuntut ilmu. Sebenarnya
aku dah pernah tengok dan faham maksud dalam ayat pendek ni
iaitu...
kalau nak belajar sesuatu jadilah cawan yang kosong..
Tapi cara penyampaian dan contoh cerita ustad agak menarik
untuk aku kongsikan. Sebelum ni pernah tengok tajuk buku
pasal benda ni, tapi just tengok jela tak beli pun.. hehe..
So ceritanya bermula macam ni...
Ada seorang yang hebat katalah hebat dalam kungfu
(sebab cerita ni merujuk kepada masyarakat cina)
Jadi si hebat ni tadi pun duk canang dari satu kampung
ke kampung lain dia yang paling hebat dan dalam
masa sama nak tahu ada tak orang lagi hebat dari
dia untuk dia berguru.
Dipendekkan cerita (sebab aku dah malas), setelah
hampir habis semua kampung dan masih tak ada
seorang pun yang hebat termasuk stephen chow,
budak kecik berbadan sasa dan perempuan tuan
rumah yang garang dalam cerita kungfu hustle,
dia pun jumpa sebuah kampung. Kira last call la ni.
Menurut penduduk kampung tu ada seorang yang
hebat tinggal atas gunung (sikit tinggi dari klcc).
Mamat ni pun pergi jumpa si hebat tu.
Setelah sampai ke rumah, dah menjadi adat orang
cina bila tetamu datang mesti hidang teh (kalau time
pose bagi bubur lambuk kot). So tuan rumah yang
hebat ni pun hidang teh sambil mamat yang hebat tadi
terus bercerita mengenai kehebatannya. Blablablabla...
Dalam masa sama gak mamat ni bagitau yang dia nak
berguru jika si tuan rumah tadi betul hebat.
Tuan rumah terus menerus tuang teh tadi sambil
mendengar cerita mamat hebat ni tadi. Dia terus
tuang sampai melimpah-limpah dan kenalah
seluar mamat yang hebat ni tadi. Mamat tu pun
sound..
Mamat : Oihh, pehal ko tuang sampai melimpah-limpah?
Tuan tanah : Aku nak ajar ko satu benda bila nakbelajar dengan orang, ko nampak air yang melimpahkan? Air ni takkan dapat masuk lagi sebab cawan nidah penuh dan melimpah.So macam tu jugak kalau nak tuntut ilmu. Ko tak bolehdatang sebagai seorang yang dah hebat, sebab ko takkandapat apa-apa ilmu sebab ko rasa semua ko dah tau.
Mamat : Erk!!!
So macam tulah sikit sebanyak yang aku ingat.
Kesimpulannya kalau kita nak belajar apa-apa
pun. Lapangkanlah dada jangan ego dengan ilmu
yang kita dah ada. Walau ilmu yang akan kita
dapat sama, tapi cara penyampaiannya berlainan.
Percayalah pasti ada something new yang akan
kita belajar dari seseorang walau ilmunya sama.
Fikir-fikirkan, selamat beramal.. :)


0 comments:
Post a Comment